Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 15, 2010

cabaran bermula (=,=)

arini....
arini yg penuh keBiZian...

kalau korang nak tahu kerja aku yang sebebanr2nya
bukanlah hanya duduk di atas kerusi
open fb 24hours..
no..no..no..

aku kini keseorangan..
my assistant dah direhatkan...
nak tak nak aku kena kerja keras...Align Center
kena buat semua seorang diri..
ikhlas yek..

aku sebagai tukang kebun
aku sebagai tukang sapu
aku sebagai tukang mop
aku sebagai tukang cuci
dan macam2 lagilah...

dah siap mengoperasi aku
tumpukan pulak kerja2 pentadbiran
wahh bunyik mcm besar je...
hihii...
just uruskan kaunter pinjaman n pulang buku..
pastu sibuk wat aktiviti ngan budak2 lebri nie...
mana dgn nk handle yg main komputer lagi..
time rehat jgn dok kata lah...
dok hinggut pintu grill ada..
dok lari keliling lebri..
dok main paip ayaq kat belakang...

naik penin gak lah..
bila keseorangan nie...
tambah2 plak musim cuti sekolah..
mak aii..
ramai lah yg maii..

ada yg buat keja sekolah..
ada yang ber'dating' (hat ni aku pantang skit)..
ada yang dok kalut daftar U..
ada yang dok baca buku..
ada yang dok pinjam buku xbenti2..(penin aku)

tu xmasuk lagi yang bukak lagu kuat2 ..
dok cakap kuat2
dok pasang lagu dlm nset kuat2
dok gelak kuat2

hadoOii..penin kan...

apa-apa pOn aku anggap ini satu cabaran...
walaupon aku kini kerja berseOrangan..
akan ku kuatkan semangat..
berusaha gigih..dan
menunjukkan kemampuan aku untuk mengHANDLE seorang diri

walaupun dimata lain mereka mengatakan
aku dan rakan seperjuangan lain tak dak keja..goyang kaki..

tu xmasuk lagi kerja2 proses buku..
malas ah nk cita...
skop kerja aku terlalu luas...

namun yang pasti..
ini satu AMANAH..
yang mesti dan WAJIB aku lakukan dengan sepenuh hati..

in my opinion...
walau apapon jawatan kita,
tugas itu satu amanah..
amanah yang perlu dipikul,
dengan sebaik mungkin..
tiada jurang perbezaan antara saru gred jawatan..
setiap jawatan mesti ada tugas masing2..
jadi kita galas dengan baik amanah yang dipertanggungjawabkan
jika menjadi ketua,
harus menjadi contoh yang baik kepada yg dipimpin..
jika menjadi yang dipimpin,
harus menghormati kepada ketua,
komunikasi antara kedua-dua pihak
amat penting bagi menjalin sebuah perhubungan yang harmoni di tempat kerja..

berleter banyak plak .. hehe..
ok cek dah nk balik nie..sebelom balik siram pokok bunga dulu..
oraitttt...

bye..









0 comments: