Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, August 3, 2010

- xdak perasaan -

saat jari jemari menari-nari menekan papan kekunci ini
empunya jari tiada perasaan kerana kekacauan jiwa dan raga

apa punya ayat daaa......

selepas balik dari perelis,
(sebelum pi pon sama)
jiwa ni dah macam diganggu...
mahu botak kepala kalau dah terlampau berfikir

sampai sekarang xtahu kesudahan status pekerjaan aku ni..
nak rasa menyesal tu, dah xberguna sesen pon...

ingat lagi waktu first time aku dpt surat...
gumbira tersangat2..mana taknya terpilih antara
beribu-ribu yang memohon, yang menginterview...
mak pak toksah dok kata lah depa lagi syok lah...

sedih jugak sebab nak tinggalkan kerja, opis,
boss dan semuanya...tapi waktu tu hanya ingat
kalau terima kerja ni, cerah masa depan..
YER....MASA DEPAN...

alih-alih, baru sambut besday setahun,
dah diberitahu macam ini..

sapa tak sedey..sapa nak senyum..
sapa nk gelak..sapa ada mood..

segala-galanya KOSONG...

TIADA PERASAAN

menapak ke tempat kerja pon rasa malas
(tak baik nya cakap camtu)

tah lah nak salah kan sapa ek dalam hal ni
(tak baik nya nak salah kan orang)

so, dok diam-diam..
salah diri sendri
muhasabah diri sendiri
menangis sendri...

thanx to my fiance sebab banyak bagi support
my famili....
my frens...(ada ke?..adelah 2,3 kerat)


apa apa pon, bagi pencari2 pekerjaan sekarang ni,
berhati-hatilah anda..
kerana belum tentu anda selamat lagi..

siasat betul-betul kenapa jawatan tu diwujudkan
(pesanan ikhlas dari empunya diri yang dilanda kesedihan)

bukan niat nak takut-takutkan orang, tp sekadar
nasihat menasihati sesama insan
bila dah jadi
xguna nak meratapi...

sekian saja..
jari jemari dah malas nk menari-nari..
bye...

0 comments: