Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 9, 2010

(^_^)

hari ini aku menuju ke tempat tu. mereka seolah-olah menanti akan kehadiran ku. tapi dari redup matanya, aku sedar ada sesuatu yang terselindung.bukan niat untuk berkurang ajar, jauh sekali niat itu aku lontarkan. entah lah kekadang aku rasa bercelaru. susah untuk orang memahami perasaaan kita. sukar juga untuk menyuruh mereka memahami hati kecil ini. tak tahu sama ada itu satu perlian atau hanya omong kosong. yang nyata aku rasa dalam hati ini, tercalar sedikit dek kata-katanya. namun cuba kusembunyikan dengan senyuman yang semanis kurma ini. aku seakan-akan mahu lari sahaja dari situ, namun ku cuba terus gagahi jua kerna aku tahu ia akan melukakan hati mereka. sesungguhnya aku takut untuk berhadapan dengan situasi masa hadapan. tidak ku tahu di masa hadapan apa yang bakal terjadi. selalu aku terpikir adakah aku bahagia atau merana derita. tidak dapat ku tangkis persoalan yang satu persatu menerjah ke dalam mindaku. hebat betul dugaanku. aku selalu bermain dengan persoalan sendiri. terlalu banyak yang aku fikirkan. tentang aku dan masa hadapan. apa yang akan terjadi pada masa hadapan. bolehkah aku meneruskan kehidupan ini. sesungguhnya aku amat keliru dan celaru dengan apa yang terjadi.

aku kasihan kan dirinya. nampak sangat dirinya dipinggirkan. nampak sangat dirinya menjadi orang yang kurang pentingnya. tapi adakalanya nampak biasa saja. susah hendak membaca fikiran orang. biarpun dia dipinggirkan, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik. namun orang lain yang disebut-sebut. orang lain yang banyak meniti dibibir dia. kesedihan dia, kesedihan aku jua. tak sanggup aku untuk membiarkan dirinya terhina terus. aku bangkit untuk memberikan yang terbaik buatnya, membuatkan dirinya dihargai dan lebih tepat di sayangi. biar diri ini dicerca, tidak ku hirau. aku amat menyayangi nya. kami S.E.R.A.S.I. tiada apa yang lebih jelas untuk ku nyatakan selain itu. apa yang kami lakukan bersama, kami gembira.

berkongsi airmata,
berkongsi tawa,
berkongsi keciwa,
berkongsi lara,
berkongsi hiba,
berkongsi senyuman,
berkongsi segalanya...

hidup ini indah bila kita sendiri yang mencipta keindahannya (*_')

0 comments: