Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, May 22, 2010

~pura-pura ~

PURA-PURA
bukan kura-kura yek!

dalam dunia ni ada macam-macam jenih kepura-puraan...
kalau ada kena pada tempat tak salah...

dan jika kepura-puraan itu dibuat bersebab
demi menjaga hati dan perasaan orang lain, bagaimana pula?
persoalannya di sini, tentu ada perkara yang mendorong seseorang itu
hidup berpura-pura demi meneruskan kelangsungan hidupnya dan orang lain..
tapi sampai bila?
jangan sampai diri sendiri merana dan sengsara sudah lah..

ada jugak yang samakan pura-pura dengan lakonan..
kunun2 berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku misalnya...
perbuatan ini mesti dijauhi ye anak-anak..
umpama..
membaling batu, sorok tangan..

sejak akhir-akhir ini, saya didatangi oleh beberapa masalah..
walaupun itu bukan masalah saya tapi
saya merasakan serba sedikit mengganggu
kosentrasi hidup dan kerjaya saya..

bukan mudah untuk menangani orang yang suka berpura-pura ini..
ataupun tak salah jika saya samakan dengan penipu...

Orang yang berpura-pura alim, baik, bertanggungjawab..
namun disebalik itu, tersimpan satu agenda busuk di hati mereka..
sukar untuk menerima jika seseorang itu mempunyai sifat sedemikian..

hati dan perasaan siapa yang tak terluka jika ditipu..
baik lelaki atau perempuan...
jangan kan orang dewasa,kanak-kanak juga merasa marah apabila ditipu..

oleh itu, saya menyeru kepada semua, kalau hidup dengan penuh kepura-puraan,
kita tak akan kemana-mana, apa yang dihajati tidak akan tercapai..




'' nukilan ni ditulis kerana seorang hamba Allah merangkap sahabat saya yang agak baru saya kenal telah dengan SENGAJA or TAK SENGAJA menipu, hanya dia dan Allah saja yang tahu, kenapa dia menipu. kepada beliau, saya dah TAK KUASA nak melayan karenah awak dan sewaktu dengannya, tak ada faedah untuk saya melayan, selagi beliau tidak mengganggu hidup dan kebahagiaan saya. saya doakan awak bahagia dengan CARA HIDUP AWAK itu. sekian, wassalam''

0 comments: